0k? k0?


Assalammualaikum......


                              19Dec keputusan PMR keluar di seluruh Malaysia. Kata-kata khas dari si mulut mutiara, berlian, emas, perak serta gangsa iaitu pembaca berita terkini jam 9:00 pagi. Bagi aku gelaran itu memang sesuai untuk mereka pada 19Dec jam 9:00pagi. Yaa sangat sesuai. Tiada ke-ragu-an langsung. Maka dengan perasaan yang berdebar-debar aku mandi tidak basah, makan tidak kenyang, tidur tidak lena. Semua berkaitan dengan tidak lah! Semua ini angkara keputusan yang ku nanti-nantikan (padahal tak ingin nak menanti pun -.-) 


                                Kalian ingin ketahui keputusanku? Hm. Alhamdulilah dengan result PMR aku. Aku hanya mampu berkata alhamdulilah sahaja walaupun apa yang ku targetkan tidak dapat ku kecapi. Bunyi seperti sedih? Yaa sangat sedih. Aku fikirkan aku mampu kecapi 5A dan ke atas, tetapi semua itu tidak dapat ku kecapinya. Mungkin ada hikmah di sebalik aku tidak dapat kecapinya? Mungkin.... Dan mungkin juga aku memang tidak layak untuk kecapinya? Astaghfirullah. Aku harus fikir positif.  :') 


                               Pabila aku mendapat keputusan itu, aku terkedu? Ohh yaa. Sebab ada C. Aduh. Aku sebenarnya ingin elakkan dari gred C. Tetapi malangnya, gred C sering sahaja menjadi kawanku di dalam keputusan peperiksaan. Nak kata kembar? Aku tidak mahu kembar sama dengan C, aku mahu kembar dengan A dan B sahaja. Bagi aku, C hanyalah seorang yang suka memburukkan orang. (Heyy gred C orang 0kayz. lol) Hmm aku nak complain pun dah tak boleh sebab keputusan dah keluar. So I've to accept :')


                                Last but not least, aku ingin meminta maaf pada ibu serta ayah kerana tidak mampu mem-bahagia-kan mereka berdua. Maaf ibu ayah. Ibu ayah sanggup ambik MC setengah hari sebab nak teman aku ambik result, tapi ini yang aku beri. Hina terasa ;') Dan aku berterima kasih pada kakakku iaitu Hidayah kerana dah belikan Sushi, fav ku! Aww. 



Sebelum Sushi ini jatuh ke tangan aku, dia berkata "Dik nah akak beli Sushi adik. Adik jangan give up. SPM ada buat betul-betul" Rasa nak peluk dia tetapi malu sebab pada waktu itu aku di Aeon Maluri bersama ibu ayah serta kakak. Terima kasih kak :') Jadi ini sahaja kisah tentang keputusan PMR. Assalamualaikum.



 -Tamat-