Death or Alive? D:


Assalammualaikum......



                       Hai. Sekarang jam 6 petang. Hari Selasa. 18 Disember. 04 Safar 1434. Dan esok merupakan hari yang sangat-sangat di takuti atau cuak bagi pelajar-pelajar ataupun calon-calon PMR'2012. Hmm. Kami semua takut sebab esok hari iaitu Hari Rabu, 19 Disember 2012, 05 Safar 1434 jam 10 pagi bertempat di sekolah masing-masing, kami (calon-calon PMR'12) akan mendapat slip keputusan PMR!!!! D: Ya Allah, Ya Tuhanku, hanya Allah  je yang tahu hati atau perasaan calon-calon PMR. Serious talked. No doubt. 
                        


                              Nak tahu perasaan aku ke? Hmm aku sebenarnya sebelum tahu tarikh PMR keluar bila, Aku memang dah takut sangat-sangat. Cuma, aku tak sanggup nak fikir tentang result PMR aku, and aku tak sanggup bagitahu orang tentang perasaan aku ni. Serious. Tapi bila aku dah tahu tarikh result PMR keluar bila, Aku tak rasa takut pun. Hahaha. Bunyinya macam "aku ni gila ke takda perasaan"  Haha kan? Tapi, bila orang duk cakap dua tiga hari ni, rasa takut tu pun mula datang.... And now, hari ni. aku buat semua kerja rumah, tangan aku semua mengeletar. Yang hanya aku perlu fikir, "aku kena reda dengan keputusanku"  dan bila aku takut, mulut aku duk terkumat-kamit je selawat, baca Asmaul-Husna, doa banyak-banyak, solat semua lah. Aku takut sangat-sangat sebenarnya :')
                         


                                Tetapi, di dalam diriku tengah ketakutan, tiba-tiba ada satu perasaan yang sangat membuatkan aku sakit hati. Iaitu. Orang yang tak ambil PMR, duk ejek-ejek kata "eh esok result ye? Hahah"  Weh! Aku tahulah esok result, takyah repeat lah weh! :'(  Hmm. Ramailah cakap macam tu, dan dengan hasutan syaitan, Secara tidak sengaja aku pun ter-moody disebabkan benda tu. Ughhh. Tak guna kau syaitan! Hasutan syaitan tak gunaaaa!
                          


                                Apa-apa pun, doakan aku ye pembaca? Aku berdoa yang aku akan dapat perolehi keputusan yang cemerlang dan dapat memasuki asrama penuh di Melaka. Doakan dikirku wahai pembaca! Doakan supaya perasaan takut, gundah gulana semua pergi dari diri aku. Amin.... Terima kasih pembaca. Terima kasih. Assalamualaikum!