Assalammualaikum......
Ke-ter-lalu-an sangat ke tajuk entry aku? Hahaha. Ahh persetankan kata-kata orang. Hehe. Aloha people! Meet my minah rempit a.k.a Anis. Sebenarnya kan.. kan... kan..... bukan Anis seorang sahaja yang menjadi minah rempit. Aku pun jadi! Eh eh eh eh kalian. Janganlah berfikir yang kami berdua bangga menjadi minah rempit. Kepada wempitz-wempiz di luar sana, kami bukan mangsa anda. Tetapi kami clon anda. Ngehehe. Ceritanya begini. Jeng.. Jeng... Jeng.. (Soundtrack Titanic+MCR) Tetapi! Sebelum itu, mariku kenalkan pada kalian
Kanan tu.. Uhm.. dia tu comel... Hahah. Tenenen! Yang ni lah minah rempitku! Anis. Sebenarnya gambar dia sorang ada, tapi sengaja mengada ambik gambar ni sebab lelaki ni comel.. Hahaha xD
Berbalik pada topik kita. Ceritanya begini (ketuk drum Abang Rafie-KLDC) Aku dengan Anis, pada hari semalam malam, kami menggila di burung blue. Ye burung blue. Wuuuu~ Haha. Tak silap aku. Anis yang mulakan..... Tak silaplah... ;p Mari baca di bawah.
Yeayy! Aku betul! Anis yang mulakan. Hahaha tak tua lagi ;p Nampak tak kami CLON wempitz-wempitz semalam. Gambar seterusnya ...
Paling cannot go, rasa jadi ace. Haha rempit sejati pun takde macam tu kot. Haha.
Sedang aku dan Anis berseronok tweet ala-ala wempitz, tiba-tiba ada juga orang yang baca tweet kami. Berminat mungkin tetapi malu ingin berbicara? ;D
Bagi kauorang semua lah kan. Hebat tak aku dan Anis punya "bahasa rempit" (bahasa? ye bahasa kerana telah ditubuhkan pada zaman dulu kala lagi, hangpa saja tak tahu) Kalau hangpa kata tak hebat, meh kita lawan meh. Kalau hangpa kalah, hangpa kena belanja. Kalau menang, hangpa tetap kena belanja. Coki-coki pun jadi lah. Tak kesian ke sama kami? :( Semalam tweet macam ni pun dah macam orang gila, ada satu part tu nak type apabendatah, pi google translate. Padahal bahasa rempit tu. Hahah. Terus yang google translate bagi bahasa apabendatah lah. Google translate tu yang tak boleh bla betul. Nasib baik tersedar, kalau marah-marah google, taktahu ahh. Ni semua Anis punya pasai! EH?! Okay kemarahan Anis sekarang kita boleh nampak. Haha.
Tapi apa-apa pun, seronok semalam. Lagi bertambah seronok Ucup menang woi Vokal Bukan Sekadar Rupa2(VBSR2) semalam woi! Seronok gila woi woi woi! Semalam Final VBSR2 nak tahu dok, yang mak kami vote untuk Ucop sebab dia takmau Mar menang. Mar dah kaya katanya... Ucop takde ayah, kata ibu lagi.... Jadi ibu vote untuk Ucop memula rm2.30. Eh jap jap. Knp masuk tentang VBSR2 pulak? Uish.. Karangan terpesong! Nasib baik, BM PMR A ;D Haha. Okay nak sambung sikit je :p Haa lepas ibu vote rm2.30 macam tu, ibu vote lagi sebab undian SMS Mar lagi tinggi dari Ucop. Ibu geram, ibu vote lagi. Jadi rm5. Lepas tu, Ucop meningkat sikit dia punya undian. Ibu semakin semangat lalu beliau vote buat kali yang terakhir iaitu rm7. First time kot ibu vote-vote artis ni. Nampak benor peminat tegar dan nak Ucop menang! Bila keputusan di umumkan Ucop memang, terus ibu melompat. Hahahah kelakar gila. Serious. Kalah orang yang tengok bola dia punya semangat lompat tu. Hahahahah. Tak sia-sia ibu habiskan rm7 untuk Ucop. Tahniah Ucop. Aku suka Ucop nyanyi Rock. Perghhh goyang-goyanglah juga kepala aku ni dengar. Apa-apa pun tahniah Ucop. Dan Mar juga. Tahniah....
Jadi sampai sini sahajalah karanganku yang terpesong. Maafkan diriku kalian. Maafkan. Semua manusia membuat salah #QuoteBilaBuatSalah #EhYangKauBuatHashtagNiPasalApaFikirTwitter #MaafTerbuatHashtagLagi #Maaf. Assalamualaikum!